Demokrasi digital semai kualiti 'sampah'
Iklan
Bukan semua orang boleh menjadi pengkritik, pengulas, apatah lagi penganalisis. Gambar hiasan
SUATU ketika dahulu bidang kritikan mempunyai tempat tersendiri yang agak istimewa di negara ini. Ia bukan sahaja kritikan sastera, filem dan cabang seni lain, tetapi mencakupi hal sosial, politik, ekonomi, sukan dan lain-lain.
Pada masa itu, hanya mereka yang betul-betul layak sahaja dianggap mempunyai ‘autoriti’ mengulas atau mengkritik sesuatu. Mereka perlu cukup ilmu dan pengalaman.