Buaya tembaga jantan seberat 40 kg masuk perangkap
Iklan
Buaya dianggarkan seberat 40 kg berjaya ditangkap pada Sabtu.
MELAKA - Seekor buaya tembaga jantan dianggarkan seberat 40 kilogram (kg) berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka selepas dua hari menerima aduan kehadiran reptilia berkenaan di kawasan pertanian di Simpang Empat, di sini.
Pengarah Perhilitan Melaka, Petra Sulai berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kehadiran buaya berkenaan sekitar jam 3 petang Khamis lalu dan bertindak memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi terbabit bagi tujuan pemantauan jarak jauh pada hari yang sama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, hasil pemantauan mendapati buaya berkenaan mula dikesan sekitar jam 9 malam.
Anggota Perhilitan Melaka mengambil masa selama dua jam menangkap buat seberat 40 kg.
Iklan
“Pada keesokan harinya, kira-kira jam 9 pagi, pihak kami telah memasang sebuah perangkap buaya di lokasi yang dikenal pasti berdasarkan hasil pemantauan.
“Pemantauan berterusan melalui CCTV mendapati buaya tersebut berlegar-legar di sekitar kawasan perangkap pada jam 8 malam sebelum memasuki perangkap berkenaan kira-kira jam 1 pagi pada Sabtu,” katanya menerusi kenyataan.
Iklan
Katanya, sepasukan anggota Perhilitan Melaka kemudian hadir ke lokasi sekitar jam 8 pagi bagi menjalankan operasi menyelamat yang mengambil masa selama dua jam.
Ujarnya, buaya berkenaan yang mempunyai panjang keseluruhan 274 sentimeter dengan anggaran berat 40 kg seterusnya ditranslokasikan ke pusat rawatan sementara.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada sekiranya terserempak dengan hidupan liar serta tidak melakukan sebarang provokasi.
Sebarang aduan atau maklumat berkaitan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui talian hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web rasmi www.wildlife.gov.my.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>