KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 9 pagi memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.