Pusat beli-belah mesra haiwan perlu peka sensitiviti agama, budaya

Iklan
Pelaksanaan pusat beli-belah mesra haiwan di Malaysia perlu berasaskan prinsip hormat-menghormati bagi menjaga keselesaan dan keharmonian masyarakat. Gambar hiasan

PUSAT beli-belah mesra haiwan bukan isu pro atau anti haiwan semata-mata, tetapi soal kepekaan terhadap kepelbagaian agama dan budaya.

Pelaksanaannya di Malaysia perlu berasaskan prinsip hormat-menghormati bagi menjaga keselesaan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Iklan
Iklan

Pendekatan tersebut juga menuntut tanggungjawab sosial yang tinggi daripada pihak pengurusan pusat membeli-belah, bukan sekadar mengejar 'trend' atau pulangan komersial.

Sebagai tempat awam, pusat beli-belah perlu memahami bahawa pengunjung datang daripada latar belakang agama, budaya dan tahap sensitiviti yang berbeza.

Iklan

Justeru, dasar berkaitan kemasukan haiwan tidak boleh dipandang ringan, ia bukan sekadar membawa haiwan peliharaan semata-mata tetapi boleh menimbulkan isu besar sekiranya tidak dikawal.

Oleh itu, ia perlu berlandaskan kerangka tadbir urus yang jelas dan konsisten termasuk garis panduan bertulis mengenai jenis haiwan dibenarkan, kawalan keselamatan, serta tanggungjawab pemilik haiwan wajar diumumkan secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan pengunjung.

Iklan

Dari sudut kebersihan, pengurusan pusat membeli-belah, perlu menyediakan mekanisme pembersihan yang khusus dan berstandard tinggi, memandangkan isu kebersihan berkait rapat dengan sensitiviti agama.

Langkah ini penting bagi memastikan keyakinan pengunjung, khususnya umat Islam tidak terjejas apabila menggunakan kemudahan awam di dalam pusat beli-belah, tersebut.

Dalam konteks ini, persepsi masyarakat adalah sama penting dengan pematuhan teknikal terhadap peraturan, kerana persepsi negatif boleh menjejaskan reputasi dan kelangsungan sesebuah pusat beli-belah.

Akhirnya, kejayaan pusat beli-belah mesra haiwan di Malaysia bergantung kepada sejauh mana ia mampu menghormati kepelbagaian kepercayaan dan pilihan masyarakat, sekali gus memastikan pembangunan bandar berjalan seiring dengan nilai, kepercayaan dan keharmonian nasional.