LBS perkenal Aulica, kediaman eksklusif tepi tasik di D’Island Residence

Iklan
Penolong Pengurus Besar Jualan & Pemasaran, Encik Keith Ng Yee Kiat; Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San; serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Encik Lucas Lim Kim Kiat, pada majlis pelancaran Aulica, sebuah kediaman eksklusif berkonsepkan kehidupan tasik di D’Island Residence, Puchong.

PETALING JAYA – LBS Bina Group Berhad (LBS), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, memperkenalkan Aulica, pembangunan terbaharu bernilai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM83 juta di perbandaran D’Island Residence yang telah meraih pelbagai anugerah di Puchong, Selangor.

Aulica menawarkan gaya hidup moden berkonsepkan kediaman berkepadatan rendah di persekitaran tenang dengan pemandangan tasik, sekali gus menetapkan piawaian baharu bagi kawasan perumahan eksklusif.

Iklan
Iklan

Pembangunan ini merangkumi 79 unit rumah teres dua tingkat yang menggabungkan elemen seni bina klasik dengan ruang dalaman luas serta hubungan harmoni bersama alam semula jadi.

Pembeli ditawarkan dua pilihan pelan lantai iaitu keluasan 2,132 kaki persegi bagi pelan 20’ x 70’ dan 2,182 kaki persegi bagi pelan 20’ x 72.5’. Kedua-dua pelan lantai tersebut dilengkapi empat bilik tidur dan tiga bilik mandi, sesuai untuk keperluan keluarga moden.

Iklan

Antara ciri utama Aulica ialah pelan lantai diperluas dengan siling tinggi yang memberikan fleksibiliti ruang, khususnya di kawasan dapur dan ruang makan. Reka bentuk ini mewujudkan suasana kediaman yang selesa serta mesra untuk aktiviti keluarga dan perhimpunan sosial.

Penghuni turut dapat menikmati ketenangan tasik seluas 1,000 ekar yang dilengkapi pelbagai kemudahan berinspirasikan alam semula jadi.

Iklan

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Seri Ir. (Dr.) Lim Hock San, telah berkongsi gambaran menyeluruh mengenai pembangunan Aulica sempena majlis pelancaran rasminya di D’Island Residence Puchong, dengan menekankan visi projek serta konsep kehidupan tasik yang unik dan tersendiri.

Dari segi lokasi, Aulica mempunyai akses mudah ke lebuh raya utama termasuk ELITE, SKVE, LDP, KESAS dan MEX. Pelbagai kemudahan asas seperti pusat membeli-belah, kemudahan perubatan dan institusi pendidikan turut berada dalam jarak berhampiran.

Majlis pelancaran Aulica turut menyaksikan pembukaan unit pameran bagi memberi peluang kepada pembeli merasai sendiri konsep reka bentuk dan gaya hidup yang ditawarkan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Seri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, Aulica bukan sekadar menawarkan kediaman berkualiti, malah mencerminkan komitmen berterusan LBS dalam membangunkan persekitaran kediaman yang menitikberatkan kesejahteraan keluarga.

“Aulica direka dengan fokus kepada keperluan keluarga, menawarkan aliran harmoni antara kediaman, rangkaian jalan raya dan ruang hijau dalam komuniti yang aktif serta seimbang.

“Penambahan Aulica ke dalam perbandaran D’Island Residence juga dijangka meningkatkan nilai keseluruhan kawasan dan selari dengan visi kami untuk menyediakan kediaman yang memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berkembang,” katanya.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi 011-1722 5678 atau melayari laman web d-island.com.my/aulica.

Selain itu, pembeli juga dialu-alukan untuk mengunjungi Galeri Jualan LBS Aulica di No. 5, Jalan Utara 1, D’Island Residence, 47130 Puchong, Selangor.