Peruntukan Deeming tingkatkan keselamatan murid daripada jenayah siber - KPM
Iklan
KPM menyambut baik langkah MCMC memperkenalkan inisiatif Peruntukan Deeming dalam meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan daripada ancaman jenayah siber. Gambar hiasan
PUTRAJAYA- inisiatif Peruntukan Deeming terhadap penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial dapat meningkatkan keselamatan murid dan seluruh warga pendidikan daripada ancaman jenayah siber seperti eksploitasi seksual, penipuan dan penyalahgunaan platform digital.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, pihaknya menyambut baik langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan inisiatif tersebut dalam kerangka perundangan serta kawal selia negara yang teratur, konsisten dan berkesan.
Iklan
Iklan
"KPM akan meningkatkan kerjasama dengan semua pemegang taruh termasuk MCMC dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aspek keselamatan digital dalam kalangan murid dan warga pendidikan dapat terus dipertingkatkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, MCMC mengumumkan semua penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang mempunyai 8 juta atau lebih pengguna di Malaysia akan secara automatik dianggap berdaftar sebagai pemegang Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP(C)] bermula 1 Januari 2026, melalui pelaksanaan Peruntukan Deeming di bawah Seksyen 46A Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Iklan
Iklan
Langkah itu bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan berskala besar yang menawarkan perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial kepada pengguna di Malaysia beroperasi dalam kerangka undang-undang serta kawal selia negara secara teratur, konsisten dan berkesan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>