Polis masih kesan suspek kes tembak, tikam anggota di Simpang Pulai

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai anggota polis cedera ditembak dan mayat wanita ditemui dalam kereta.

IPOH - Polis masih giat mengesan suspek dipercayai terlibat dalam kes menembak dan menikam seorang anggota di Simpang Pulai, sebelum mayat seorang wanita ditemukan di dalam sebuah kereta yang dipandunya pada 7 September lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, suspek terbabit dipercayai kini berada di luar negara dan usaha mengesan individu berkenaan sedang dijalankan secara berterusan dengan kerjasama Bukit Aman serta beberapa agensi dan pihak berkaitan.

Iklan
Iklan

"Siasatan terhadap kes berkenaan masih diteruskan dan polis tidak menolak sebarang kemungkinan bagi menjejaki suspek yang kini dalam tindakan pihak berkuasa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya (OPS Kerja) Tahun 2025 di Unisem Ipoh di sini pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Noor Hisam berkata, anggota polis yang mengalami kecederaan akibat ditembak dalam kejadian itu telah dipindahkan semula ke negeri kelahirannya di Sarawak atas faktor kebajikan bagi memudahkan rawatan susulan.

Iklan

"Pihak polis akan terus komited menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya dikesan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya mendapatkan bantuan Interpol bagi mengesan suspek.

Iklan

Dalam kejadian itu, polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai terkena tembakan pada bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek. - Bernama