MERSING - Sebuah bot yang membawa10,000 liter diesel terbakar ketika berlabuh di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini pada Sabtu.
Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Alias Hussin berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 5.01 petang.
Jelasnya, seramai lima anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 80 peratus bot berkenaan. Kebakaran dapat dika dan operasi memadam kebakaran tamat pukul 6.20 petang.
"Punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada mangsa yang terbabit.