Lebih 12 maut bas bawa murid sekolah terjunam ke dalam gaung di Colombia

Iklan
Sebuah bas membawa murid sekolah dalam satu lawatan telah terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 80 meter di Colombia.

MEXICO CITY - Sebuah bas membawa murid sekolah dalam satu lawatan telah terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 80 meter di Colombia, lapor agensi berita Jerman, dpa.

"Lebih daripada 12 orang" terkorban, menurut Gabenor Wilayah Antioquia di barat laut negara Amerika Selatan itu. Kira-kira 20 orang lagi cedera.

Iklan
Iklan

Tanpa menyebut sumber tertentu, media melaporkan sekurang-kurangnya 16 kematian.

Murid-murid daripada gred ke-11 dan terakhir itu dalam perjalanan pulang dari sebuah tempat penginapan di pantai Laut Caribbean ke Bello berhampiran Medellín ketika kemalangan itu berlaku.

Iklan

Menurut laporan media, kira-kira 40 penumpang berada di dalam bas yang terbabit nahas di sebuah kawasan luar bandar berhampiran Segovia.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. Menurut maklumat rasmi, kebanyakan mereka berusia antara 16 hingga 18 tahun.

Iklan

"Hari ini ialah hari yang menyedihkan bagi Antioquia," kata gabenor berkenaan.

Bas itu terkeluar dari laluannya atas sebab yang masih belum dapat dipastikan, kata laporan media.

Pihak berkuasa keselamatan trafik negara sedang menyiasat punca kemalangan itu. - Bernama/dpa