KERAJAAN Kelantan meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi permohonan lesen mendulang emas di bawah Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001, sekali gus menetapkan hanya rakyat negeri ini sahaja dibenarkan memohon lesen berkenaan mulai Januari depan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, bayaran lesen ialah RM100 untuk tempoh setahun dan perlu diperbaharui.