Siasatan dalaman akan dilakukan susulan insiden kren runtuh di Kompleks Tanjung Bin

Iklan
Dua pekerja maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian runtuhan dan kebakaran kren yang mengangkat arang batu di Jalan Tanjung Bin, Kukup tengah hari Sabtu. Mangsa maut, Muhammad Amaluddin (kiri) dan Muhammad Alfarid (kanan) - Foto JBPM

JOHOR BAHRU - Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) akan menjalankan siasatan dalaman bagi menentukan punca sebenar insiden kren runtuh yang berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan di jeti Kompleks Tanjung Bin, Pontian, di sini hari ini.

Kenyataan syarikat itu memaklumkan bahawa insiden itu berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari dan Pasukan Respons Kecemasan (ERT) loji segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

"Susulan insiden itu, dua pekerja kontraktor terbabit telah meninggal dunia manakala tiga lagi cedera dan dimasukkan ke hospital,” menurut kenyataan itu.

Malakoff turut memaklumkan bahawa kawasan terjejas telah ditutup sebagai langkah berjaga-jaga, dan siasatan akan dimulakan sebaik sahaja operasi menyelamat selesai sepenuhnya.

Iklan

"Keselamatan dan kesejahteraan semua kakitangan yang terlibat kekal sebagai keutamaan tertinggi kami,” katanya.

Sementara itu, syarikat berkenaan memaklumkan bahawa operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin serta Loji Janakuasa Tenaga Tanjung Bin akan diteruskan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden tersebut.

Iklan

Malakoff memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan maklumat lanjut jika terdapat sebarang perkembangan penting. - Bernama