Bayi perempuan ditinggal di hospital, JKM kesan waris

Iklan
JKM Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris kepada seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejak Mac lalu.

BUKIT MERTAJAM – Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Tengah sedang mengesan waris kepada seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang ditinggalkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejak Mac lalu.

Menurut kenyataan JKM Seberang Perai Tengah, bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Dewan Bersalin Muslimah pada 12 Mac lalu sebelum dirujuk ke HSJ selepas disahkan menghidap Pierre Robin Syndrome (PRS).

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, ibu kandung bayi berkenaan, Chris Renova Girsang yang merupakan warganegara Indonesia didapati telah menghilangkan diri dan usaha menjejakinya setakat ini gagal.

“Sejak kejadian tersebut, kanak-kanak berkenaan masih menerima rawatan di HSJ," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, JKM Seberang Perai Tengah memerlukan maklumat waris kanak-kanak tersebut bagi membolehkan keputusan terbaik dibuat berkaitan perancangan penempatan serta memastikan kebajikan kanak-kanak terus terpelihara.

"Orang ramai atau waris yang mengenali ibu bapa kandung kanak-kanak berkenaan diminta tampil ke JKM Seberang Perai Tengah untuk urusan berkenaan bayi tersebut.

Iklan

"Mereka juga boleh menghubungi pelindung, Siti Zulaikha di talian 04-538 2584 atau 019-761 0079 atau melalui emel zulaikha@jkm.gov.my untuk menyalurkan maklumat," ujarnya.