Jepun keluar amaran tsunami bagi utara, timur laut selepas gempa 6.7 skala richter

Iklan
Jepun yang terletak di Lingkaran Api Pasifik sering mengalami gempa bumi. Gambar fail

TOKYO -  Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan utara dan timur laut negara itu susulan gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter yang berlaku di Lautan Pasifik berhampiran wilayah Aomori, lapor Kyodo.

Agensi Meteorologi Jepun berkata pantai Pasifik di Hokkaido serta wilayah Aomori, Iwate dan Miyagi dijangka mengalami tsunami setinggi sehingga satu meter selepas gempa yang melanda sekitar jam 11.44 pagi (waktu tempatan) di bahagian timur Aomori pada kedalaman kira-kira 20 kilometer.

Iklan
Iklan

Gempa bumi itu berlaku empat hari selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter yang melanda pantai timur Aomori pada Isnin, mendorong agensi mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya gempa serupa atau lebih besar di kawasan sama dalam beberapa hari akan datang. - Bernama 

 

Iklan
Iklan