[VIDEO] Noor Aini mengaku raba kemaluan kanak-kanak di garaj

Iklan

SEREMBAN - Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan meraba kemaluan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di garaj rumah, minggu lalu.

Tertuduh, Noor Aini Ismail, 63, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim N Kanageswari selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal dengan maksud seksual dengan cara meraba kemaluan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Kesalahan tersebut dilakukan pada 6 Disember 2025 di garaj sebuah rumah di Taman Desa Port Dickson.

Iklan

Noor Aini Ismail (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Iklan

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) tidak dibenarkan jaminan dan merupakan kesalahan serius.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman pada 19 Disember depan.