DENGAN sekali lafaz, penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Ezwan Zain yang selamat diijab kabul tepat jam 9.20 pagi hari ini.
Majlis akad nikah yang berlangsung penuh hikmah di Kampung Melayu Subang itu dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta rakan rapat pasangan berkenaan.