GOMBAK - Polis menahan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini kerana disyaki membuat ugutan terhadap rakannya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pelajar itu ditahan bagi membantu siasatan.
Iklan
Iklan
"Suspek, seorang pelajar tingkatan tiga, sudah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Difahamkan, remaja lelaki itu didakwa membuat ugutan melalui panggilan video kepada mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga bagi meminta wang kira-kira jam 2.30 petang pada Isnin.
Dalam panggilan video itu, suspek menunjukkan parang sambil meminta wang daripada mangsa.
Mangsa membuat laporan berhubung perkara itu pada Rabu.
Remaja itu mendakwa dia diugut sejak tingkatan satu.