Pesawat mendarat cemas, hempap bumbung kereta

Iklan
Tangkap layar video tular sebuah pesawat ringan dirakam melakukan pendaratan cemas di atas sebuah kereta di Florida, Amerika Syarikat. Foto: pembaca

FLORIDA - Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di atas sebuah kereta di Lebuhraya Interstate-95 berhampiran Merritt Island, Amerika Syarikat pada Isnin.

Menurut laporan Gulf News, pesawat jenis Beechcraft 55 Baron itu dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum merempuh bahagian atas kenderaan jenis Toyota Camry yang dipandu seorang wanita berusia 57 tahun.

Iklan
Iklan

Insiden itu dirakam oleh pemandu sebuah kenderaan yang berada di belakang kereta terbabit.

Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas ketika melakukan pendaratan cemas di atas sebuah kereta di Lebuhraya Interstate-95 berhampiran Merritt Island, Amerika Syarikat pada Isnin.

Iklan

Pasukan Peronda Lebuhraya Florida (FHP) pemandu terbabit telah dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan kecederaan ringan dialaminya.

Sementara itu, juruterbang dan seorang penumpang masing-masing berusia 27 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa berkaitan akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.