Lelaki maut kebakaran tinggal bersendirian sejak 2021

Iklan
Anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terbabit.

KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu, dipercayai tinggal bersendirian.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 38 tahun dan bekerja sebagai pelukis tinggal di kondominium itu sejak 2021.

Iklan
Iklan

"Mangsa belum berkahwin dan kali terakhir berhubung dengan keluarganya pada 6 Disember lalu.

Chang Hook

Iklan

“Dia kali terakhir menghubungi keluarganya pada jam 1 tengah hari Sabtu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditemukan di bahagian balkoni dalam keadaan melecur 100 peratus dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Iklan

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 berhubung kebakaran itu.

Susulan itu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas bersama BBP Menjalara, BBP Sentul dan BBP Taman Tun Dr. Ismail digerakkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran di sebuah unit kondominium di Mont Kiara di sini pada Rabu.

Setiba di tingkat 26 bangunan berkenaan, pasukan mendapati sebuah unit sedang marak terbakar.

Operasi pemadaman dan penyelamatan dimulakan serta-merta, namun berdepan kesukaran berikutan sistem pencegah kebakaran bangunan didapati tidak berfungsi dengan baik.

Katanya, anggota bomba terpaksa menggunakan dua pam angkut dan pam jentera bagi menyalurkan air ke unit terbabit.