Kagum dengan kejayaan Rembayung Khairul Aming

Iklan
Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung di Kuala Lumpur. Foto ihsan media sosial

MERAK Jalanan nak kongsikan sesuatu yang membuatkan hati terpesona beberapa hari lepas.

Ramai melihat kejayaan Rembayung, restoran pertama Khairul Aming dan berfikir ia berlaku dalam sekelip mata.

Iklan
Iklan

Tetapi Merak Jalanan nak ingatkan perkara yang ramai orang terlepas pandang adalah kejayaan tersebut merupakan hasil satu dekad khidmat, kesabaran dan kerja keras yang telah anak muda ini curahkan.

Sepuluh tahun beliau berada dalam talian, memasak di hadapan kamera, mencuba, memperbaiki. Sepuluh tahun membina kepercayaan tanpa meminta balasan.

Iklan

Dia menunggu sehingga hubungan itu cukup kukuh, sehingga penonton menjadi komuniti, sehingga jenama itu boleh berdiri dengan sendiri.

Merak Jalanan kagum dengan kesabaran sebegini. Kadangkala, langkah yang betul bukanlah kelajuan tapi kesabaran.

Iklan

Apabila Rembayung diumumkan, bukan kerana promosi semata-mata, tetapi kerana kepercayaan itu sudah wujud. Sepuluh tahun kepercayaan. Sepuluh tahun konsistensi. Sepuluh tahun kerja keras.

Merak Jalanan suka melihat generasi muda seperti Khairul Aming yang berani mengambil risiko dengan modal RM4 juta, membina bangunan kosong di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, KL, hanya 9 minit dari KLCC. Satu restoran yang boleh menampung lebih 200 pelanggan. Hebat kan?

Merak Jalanan teringin melihat lebih ramai berani mencontohi Khairul Aming, bukan sekadar komen negatif di media sosial sambil menyumpah.

Merak Jalanan mahu ucapkan tahniah kepada Khairul Aming. Rembayung bukan sekadar restoran. Ia simbol kesabaran, ketekunan dan kepercayaan yang berakar kukuh.