Enggan patah balik, cabar polis bertumbuk
Iklan
Pasukan keselamatan melakukan setakat jalan raya.
KUALA PILAH - Lelaki berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, suspek ditahan pada jam 3.40 petang ketika sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh.
Iklan
Iklan
"Dia ditahan kerana enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik dan gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis. Lelaki itu juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, suspek dipercayai dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang.
Iklan
Beliau berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="‘Kami tidak pilih atau turunkan Yang di-Pertuan Besar’ - MB Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa beliau dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) tidak membuat keputusan untuk menurunkan atau melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Sebaliknya, beliau berkata, mereka membuat keputusan berhubung pendirian pentadbiran negeri terhadap proklamasi yang dikemukakan sebagai keputusan Undang Yang Empat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797685/edisi/melaka-ns/kami-tidak-pilih-atau-turunkan-yang-di-pertuan-besar---mb-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MBNegeriSembilan #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T08:25:53.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcf8ca"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcf8ca"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcf8ca"></script>