Kerajaan akan berusaha dapatkan wang 1MDB
Iklan
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan berusaha untuk mendapatkan wang yang didakwa dicuri daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini berkata, agensi kerajaan yang berkaitan dan Jabatan Peguam Negara sedang mengusahakannya.
Iklan
Iklan
"Agensi kerajaan, Jabatan Peguam Negara sedang meneliti perkara ini. Ia sepatutnya dalam jadual untuk mendapat wang tersebut. Kami sedang mengusahakannya,” katanya kepada Bernama ketika ditanya mengenai kemungkinan kelewatan dalam membawa balik wang tersebut.
Dilaporkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menangguhkan pemulangan AS$240 juta (RM1 bilion) daripada wang 1MDB, menyatakan ketidaktentuan politik apabila Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh pada 24 Februari lepas.
Iklan
Pada 1 Mac, 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan.
DOJ memulangkan hampir AS$200 juta kepada Malaysia pada Mei 2019. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>