ACLE: Satu mata berharga buat Shanghai Port FC

Iklan
Penyerang Shanghai Port FC, Mathaeus Vital hampir menjaringkan gol pada aksi ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Selasa. - foto Johor Southern Tigers

PENGENDALI Shanghai Port FC, Kevin Muscat menyifatkan satu mata yang diraih hasil terikat tanpa jaringan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada Selasa ternyata memiliki nilai yang besar buat skuad kendaliannya itu.

Katanya, satu mata itu ternyata cukup berharga setelah pasukannya bergelut dengan pelbagai isu kecederaan dan masalah kesihatan pemain menjelang aksi berdepan skuad Harimau Selatan itu.

Iklan
Iklan

"Sebelum sepak mula, skuad ini tidak ideal tapi aksi yang dipamerkan pemain di atas padang membuktikan semangat juang pasukan masih utuh.

“Ramai pemain kami sakit, ada yang cedera sebelum dan ketika perlawanan dan beberapa lagi tidak dapat diturunkan.

Iklan

"Bagaimanapun, dalam keadaan serba kekurangan ini, mereka telah tampil sebagai satu pasukan yang berjuang habis-habisan dan saya bangga dengan mereka," katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan pada aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE)

Dalam pada itu Muscat berkata, pengumuman penjaga gol pasukannya iaitu Chen Wei sebagai pemain terbaik perlawanan memberi kelegaan kepada dirinya.

Iklan

“Chen Wei beraksi cemerlang. JDT memang mencipta lebih banyak peluang, tetapi saya tetap gembira dengan cara kami menutup ruang dan kekal fokus hingga tamat permainan,” katanya.

Sementara itu Chen Wei menjelaskan, aksi cemerlangnya bukan hasil keyakinan semata-mata, sebaliknya terhasil daripada latihan intensif yang dilalui setiap hari.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih. Latihan kami sangat tinggi intensitinya dan ia membantu kami bermain pada tahap terbaik," katanya.