IOI Properties lancar taman perindustrian hijau RM1.8 bilion di Banting
Iklan
IOIIPB yang terletak di Banting, Selangor
IOI Properties Group Bhd (IOIPG) merasmikan projek perindustrian terbaharunya, IOI Industrial Park @ Banting (IOIIPB) dalam usaha mengukuhkan strategi kumpulan dalam segmen hartanah industri hijau di negara ini.
Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah (Malaysia) IOIPG, Teh Chin Guan berkata, projek berkeluasan 322 ekar itu dijangka memberi nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.8 bilion dalam tempoh lima tahun.
Iklan
Iklan
"Peningkatan minat pelabur terhadap pembangunan industri hijau merupakan hasil usaha berterusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Invest Selangor dengan sokongan pihak berkuasa tempatan serta agensi utiliti.
"Pembangunan ini selaras dengan aspirasi negara melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang turut mendorong pertumbuhan pelaburan industri hijau sejak 2023," katanya berucap pada majlis perasmian IOI Industrial Park @ Banting pada Isnin.
Iklan
Turut hadir, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han; Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor Bhd, Datuk Hasan Azhari Idris; Pengarah Eksekutif Promosi Pelaburan MIDA, Faizal Jalaludin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Mohd Hasry Nor Mohd serta Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, Nur Afizah Ahmad.
Chin Guan (tiga dari kanan) bersama Sze Han (tengah) ketika hadir perasmian taman perindustrian IOI Industrial Park @ Banting pada Isnin.
Iklan
Dalam pada itu beliau menjelaskan, fasa pertama taman perindustrian itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun merangkumi 103 unit kilang yang sesuai untuk pelbagai jenis industri.
Fasa kedua pula menurutnya, sudah mula menerima pertanyaan tinggi daripada pelabur tempatan dan antarabangsa dengan IOIPG menjangkakan pelancaran jualan fasa itu dapat dibuat dalam masa terdekat.
IOIIPB direka dengan penekanan terhadap kelestarian melalui penggunaan bahan binaan bercirikan hijau, pemasangan kelengkapan jimat air, sistem tadahan air hujan serta inisiatif pengurusan sisa yang menyasarkan sehingga 80 peratus bahan binaan dikitar semula atau diselamatkan.
Projek berkenaan turut menyediakan infrastruktur operasi rendah karbon seperti lampu jalan solar, bumbung sedia solar dan kemudahan pengecas kenderaan elektrik, sejajar dengan komitmen pembangunan rendah karbon negara.
Dari segi kejuruteraan, taman perindustrian itu dibangunkan bagi memastikan ketahanan jangka panjang melalui sistem mitigasi banjir termasuk tasik takungan dan bioswale yang berfungsi merawat serta mengurus aliran air secara semula jadi.
Selain itu, akses kepada dua talian penghantaran voltan tinggi Tenaga Nasional Bhd (TNB) turut memastikan bekalan tenaga yang stabil dan sesuai untuk pengguna kuasa tinggi seperti pusat data.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.