ACEH – Bupati Aceh Selatan, Mirwan M.S, memohon maaf secara terbuka selepas meninggalkan daerahnya untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah ketika bencana banjir dan tanah runtuh melanda kawasan itu.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram rasminya @h.mirwan_ms_official, Mirwan menyampaikan permohonan maaf kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian, Gabenor Aceh, Muzakir Manaf, serta seluruh rakyat Aceh Selatan.
Iklan
Iklan
Beliau mengakui tindakannya menimbulkan keresahan dan kekecewaan awam.
Bupati itu menegaskan beliau akan terus bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana dan berikrar memulihkan keyakinan masyarakat.
Sebelum berlepas, beliau telah mengemukakan permohonan izin perjalanan pada 24 November 2025, namun ditolak oleh pihak berkuasa Aceh kerana kawasan itu masih dalam status darurat bencana.
Kementerian Dalam Negeri Indonesia (kemendagri) menegaskan Mirwan akan dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan sedia ada, dengan tahap hukuman bergantung kepada 'keterlaluan' dan kesalahan perbuatan beliau, kata Ketua Pusat Penerangan Kemendagri, Benni Irwan. -Agensi
Artikel Berkaitan