Perodua Myvi terbakar di Lebuhraya Link Kedua

Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Lebuhraya Link Kedua pada Selasa. Foto: BBP Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI – Sebuah kereta terbakar di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya Link Kedua dari Perling menghala ke Pontian di sini pada Selasa.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan Satu, Hairulnizam Mohd Noh berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 9.04 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik menerima panggilan, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh lapan kilometer.

“Setibanya anggota bomba ke lokasi pada jam 9.13 pagi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 65 peratus.

Iklan

“Anggota bomba kemudiannya menggunakan satu aliran 'hose reel' dan satu gulung 'hose' bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 9.57 pagi. Foto: BBP Iskandar Puteri

Iklan

Hairulnizam berkata, kebakaran itu turut mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera apabila motosikal jenis Yamaha XMax yang ditungganginya terbabas.

Bagaimanapun katanya, penunggang motosikal itu telah diserahkan kepada pihak ambulans bagi menerima rawatan.

“Kemalangan turut melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, namun tidak melibatkan mangsa,” katanya.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.56 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 9.57 pagi.