JPJ lantik ejen kutipan? Pemuda UMNO persoal keperluan pihak ketiga

Iklan
Muhamad Akmal

SHAH ALAM - Pemuda UMNO mempersoalkan pelantikan sebuah syarikat sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pelantikan rasmi oleh Kementerian Pengangkutan itu diumumkan syarikat tersebut pada Isnin yang kini menjadi ejen kutipan sah bagi urusan JPJ.

Iklan
Iklan

Susulan pengumuman tersebut, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, apa rasional lantikan ejen luar sedangkan urusan kutipan melalui aplikasi JPJ selama ini didakwanya diuruskan sendiri oleh jabatan berkenaan.

“Selama ini yang kita bayar melalui apps JPJ itu siapa yang uruskan? Jika pihak JPJ sendiri yang uruskan, apakah keperluan untuk melantik ejen kutipan?,” soalnya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Iklan

Beliau turut membangkitkan kebimbangan mengenai trend pelantikan pihak ketiga dalam urusan kerajaan.

“Ke memang semua zaman ini nak kena lantik ejen? Tahniah lah yer,” ujar beliau.

Iklan

Setakat ini, pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ belum mengeluarkan sebarang maklum balas terhadap persoalan yang dibangkitkan.