BN-PN kemuka tawaran realistik, mampu dilaksana

Iklan
Abdul Razak (tengah) beramah mesra dengan penyokong PN sewaktu turun padang di Telok Mas, Kota Melaka.

MELAKA – Tawaran bekalan air percuma sehingga 20 meter padu sebulan, tiada kenaikan cukai tanah selama lima tahun serta penyediaan 25,000 rumah mampu milik merupakan antara inisiatif yang digariskan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam manifesto bersama Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Manifesto bertemakan 'Membina Masa Depan Melaka, Memakmurkan Negara' itu menggariskan enam teras utama dengan 113 inisiatif, termasuk sasaran menarik pelaburan RM30 bilion, mewujudkan 25,000 peluang pekerjaan baharu menerusi pembangunan kawasan perindustrian serta menyediakan latihan kepada lebih 15,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Iklan
Iklan

Selain pembangunan ekonomi dan perumahan, gabungan itu turut menawarkan pelbagai inisiatif kebajikan bagi meringankan beban rakyat, antaranya potongan harga 30 peratus pembelian ayam dan daging menerusi program Jualan MeSRa, bantuan kepada warga emas dan pesakit terlantar serta saguhati kepada pasangan baharu berkahwin.

Calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan manifesto berkenaan bukan sekadar janji atau 'gula-gula' pilihan raya, sebaliknya tawaran menyeluruh yang diyakini mampu dilaksanakan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Iklan

Abdul Razak menyantuni rakyat di kawasan Telok Mas, Kota Melaka.

Menurutnya, antara perkara yang menarik perhatian ialah penekanan terhadap bantuan kebajikan termasuk bantuan perkahwinan secara sekali bayar (one-off) serta bantuan kepada anak-anak sekolah dan golongan yang sakit.

Iklan

"Ia menyeluruh, bukan hanya dari segi pembangunan tetapi lebih kepada usaha membantu masyarakat atau rakyat," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, keyakinannya terhadap manifesto berkenaan bersandarkan kepada tawaran yang diyakini mampu dilaksanakan dan bukannya sekadar menjanjikan pelbagai bantuan untuk mendapatkan sokongan pengundi.

"Kalau gula-gula tetapi akhirnya tidak boleh dilaksanakan, ia tidak memberi makna," katanya.

Antara tawaran lain manifesto BN-PN termasuk bantuan membaik pulih dan membina rumah baharu menerusi inisiatif Melaka Rumahku, pinjaman sehingga RM80,000 untuk membina rumah atas tanah sendiri, dana perniagaan kepada peniaga kecil, geran permulaan perniagaan untuk golongan muda serta kelas tuisyen percuma bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

San Choon