Perubahan guna tanah ganggu ekosistem sungai
Iklan
Dr Aweng (gambar kecil) berkata, kedua-dua struktur buatan manusia itu memberi kesan ekologi yang tidak banyak berbeza berbanding kaedah semula jadi.
SHAH ALAM - Kaedah menggali terusan atau membina benteng di Sungai Kelantan bukanlah penyelesaian sepenuhnya terhadap masalah banjir di negeri itu berikutan perubahan guna tanah akibat pembangunan yang telah menjejaskan ekosistem semula jadi sungai tersebut.
Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, Profesor Dr Aweng Eh Rak berkata, kedua-dua struktur buatan manusia itu memberi kesan ekologi yang tidak banyak berbeza berbanding kaedah semula jadi.