BEIJING - Sebuah mahkamah di Beijing telah membuat keputusan berhubung tuntutan pampasan yang difailkan oleh keluarga beberapa penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang pada 2014, menurut Mahkamah Tinggi Rakyat Beijing dalam satu kenyataan pada Isnin, lapor Xinhua.
Lapan kes yang diputuskan kali ini melibatkan lapan penumpang. Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang pada Jumaat mengarahkan defendan membayar pampasan kepada plaintif selaras dengan Konvensyen Montreal dan undang-undang China yang berkaitan.