Kelindan maut tersepit dalam nahas dua lori

Iklan
Seorang kelindan maut tersepit dalam kemalangan membabitkan dua lori di KM 221.7, Lebuhraya PLUS pada Isnin.

ALOR GAJAH - Seorang kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan dua lori di Kilometer (KM) 221.7, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat pada awal pagi Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, PBK I Nazri Mat Rais berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi sebelum sembilan anggota digerakkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

“Sebaik tiba, kami mendapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua lori, di mana salah satu daripadanya melanggar bahagian belakang lori di hadapannya.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 43 tahun yang tersepit di bahagian kelindan. Kerja-kerja menyelamat dijalankan dan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya.

Iklan

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.29 pagi.

Iklan