Konsep Malaysia Madani bukan slogan politik
Iklan
Shamsul Azri bercakap pada forum bagi menganalisis peranan strategik dan kepimpinan jentera pentadbiran awam dalam memacu pelaksanaan agenda Kerajaan Madani sepanjang tiga tahun yang lalu sempena Majlis Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Perbadanan Putrajaya pada Ahad. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Konsep Malaysia Madani bukan slogan politik seperti anggapan segelintir individu sebaliknya nilai kemanusiaan yang perlu ada pada setiap individu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, persepsi itu tidak seharusnya wujud kerana menjejaskan usaha kerajaan memperkukuh nilai-nilai Madani pada semua lapisan masyarakat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, perubahan amalan kerja lebih cekap melalui penggunaan teknologi seperti menggantikan fail fizikal dengan peranti digital juga merupakan satu daripada nilai Madani iaitu"Daya Cipta”.
"Kalau berada di jabatan, nampak bilik kosong tetapi penyaman udara berfungsi tutuplah. Itu kelestarian (nilai Kemampanan).
Iklan
"Jika dahulu semua bawa fail besar ke mesyuarat, saya kata bawa iPad (peranti) cukup. Itu namanya Daya Cipta. Jadi apa yang politik,” katanya.
Shamsul Azri berkata demikian ketika menjadi ahli panel forum pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 yang diadakan sempena program Rancakkan Madani di sini pada Ahad.
Iklan
Bagi memperluas pemahaman mengenai konsep itu, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memperkenalkan modul Malaysia Madani dengan setiap penjawat awam wajib mengikuti modul tersebut.
Konsep diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandungi enam nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Malaysia Madani merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>