Dua kanak-kanak perempuan hilang, operasi SAR besar-besaran dilancar

Iklan
Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang sejak pagi Sabtu di Kampung Pasir Pandak, dekat Santubong. - Astro AWANI

KUCHING - Dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun hilang sejak pagi Sabtu di Kampung Pasir Pandak, dekat Santubong, sekali gus mencetuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) berskala besar melibatkan JBPM, PDRM termasuk Unit K9, APM serta penduduk kampung.

Menurut maklumat daripada Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8 malam lalu menggerakkan pasukan BBP Petra Jaya ke lokasi sejauh 16 kilometer dan tiba pada jam 8.17 malam.

Iklan
Iklan

Mangsa dikenali sebagai Humaira Qalesya Mohd Dir dan NurAshafieya Aisyah Abd Nasru Asrafie, kedua-duanya berusia lima tahun, dan berasal dari alamat sama di Kampung Pasir Pandak.

Difahamkan pada jam 9 pagi, kedua-dua kanak-kanak dilihat keluar menuju ke rumah nenek mereka, kira-kira 50 meter dari rumah asal, untuk bermain bersama sepupu.

Iklan

Namun pada 11 pagi, bapa salah seorang mangsa menyedari mereka tidak berada di kawasan permainan. Usaha pencarian awal oleh keluarga di sekitar kampung tidak menemui sebarang petunjuk.

Susulan itu pencarian besar-besaran oleh keluarga dan penduduk kampung diteruskan sehingga jam 4 petang, namun kedua-duanya masih gagal ditemui sehingga jam 6 petang, sebelum laporan polis dibuat untuk memohon bantuan agensi penyelamat. - Awani

Iklan