'Saya segera kembali ke Sabah selepas PRN, elak anggapan janji musim pilihan raya' - PM

Iklan
Anwar semasa berucap di Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Negeri Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Sabtu.

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada Sabtu, seminggu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai, dilihat sebagai komitmen jelas bagi memastikan rakyat tidak menganggap janji ahli politik hanya dibuat ketika musim pilihan raya.

Beliau berkata, adalah penting untuk beliau kembali ke negeri itu sejurus selepas pilihan raya bagi mengelakkan sebarang persepsi terhadap ahli politik.

Iklan
Iklan

"Kerana saya tidak mahu ada anggapan bahawa janji orang politik itu sebelum pilihan raya, dan setelah menang, dia rasa selesa.

"Tapi seperti yang kita dengar sendiri, tadi sahabat saya, Datuk Seri Hajiji bahawa ini bukan budaya politik kita. Budaya politik kita ialah sebaik saja pilihan dibuat, dan angkat sumpah pun 3 pagi, jadi saya terus kirim kepada Ketua Menteri, lagu P Ramlee, pukul 3 pagi," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian semasa berucap  di Majlis Sentuhan Madani Bersama Rakyat Negeri Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Sabtu.

Anwar menegaskan bahawa pilihan raya telah berakhir dan kini masanya untuk bergerak ke hadapan dalam tempoh lima tahun seterusnya.

Iklan

"Sepertimana juga dijangka, ada yang rasa gembira, ada yang sedikit kecewa. Itu lazim dalam pertarungan demokrasi, tetapi kematangannya ialah bila kita terima dengan baik dan kebijakannya serta hikmahnya adalah kita menggunakan kesempatan itu, mendengar secara serius apa yang disuarakan. Apa yang menjadi tuntutan, apa yang dibanggakan oleh rakyat, apa yang dirasakan oleh mereka.

"Walaupun saya di sini sekitar dua hari saja tapi kita tinjau dari dekat dan menemui ramai tokoh-tokoh dan melihat sendiri suku-suku kaum, daerah-daerah bandar, pinggir bandar desa dan pedalaman, dan bagaimana kita dapat tingkatkan usaha kita.

"Apakah isu-isu yang saya dengar? Tadi Ketua Menteri menjenguk Isu-isu terdekat. Bagi pihak saya tentunya saya hanya boleh mengatakan kita telah luluskan peruntukan yang besar untuk air, api, jalan raya Pan Borneo dan jalan-jalan kampung," katanya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui terdapat rakyat yang memaklumkan bahawa masih ada kawasan belum menikmati kemudahan tersebut atau hanya menerima secara terhad.

"Kita dengar, jadi saya sudah cadangkan pada unit penyelarasan di Jabatan Perdana Menteri, mulai Januari kita akan mulakan pemantauan projek bersama dengan kerajaan negeri, mana kerajaan projek kerajaan negeri dan projek kerajaan persekutuan supaya kemajuannya dapat kita tinjau pantau setiap bulan.

"Kalau sudah ada projek itu, mengapa kelewatannya dan apa lagi yang patut disegerakan? Untuk maksud itu, kalau cakap kerajaan persekutuan, saya beri jaminan sedaya upaya saya saya akan beri perhatian dan tentukan tidak ada penangguhan 21 projek.

"Malah untuk projek tahun depan, kalau dulu-dulu semua peruntukan diberi bulan April, tapi sejak dua tahun yang lalu saya luluskan projek dana untuk negeri atau SUK mengesahkan itu bulan Januari. Maknanya bulan Januari sekarang boleh rancang, Januari mesti jalan," katanya.