LOS ANGELES - Netflix pada Jumaat bersetuju membeli bahagian televisyen, studio filem dan bahagian streaming Warner Bros Discovery dengan nilai AS$ 72 bilion (RM296 bilion) yang bakal meletakkan kawalan terhadap salah satu aset paling berharga dan tertua di Hollywood di tangan perintis streaming popular itu.
"Ramai pastinya terkejut dengan keputusan pengambilalihan ini. Ia merupakan peluang yang jarang berlaku yang akan membantu kami mencapai misi untuk menghiburkan dunia dan menyatukan penonton melalui cerita-cerita yang hebat," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Netflix, Ted Sarandos.