PM rakam takziah, kenang Bung Moktar sebagai tokoh tegas, berpendirian

Iklan
Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Ahli Parlimen Kinabatangan Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Sebagai sahabat lama, Anwar berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu dikenang sebagai seorang tokoh yang tegas, berpendirian dan lantang dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Iklan
Iklan

"Jasa serta komitmen beliau dalam arena politik, khususnya terhadap rakyat Sabah dan negara akan terus dihargai dan terpahat dalam ingatan.

"Saya mendoakan keluarga Allahyarham dikurniakan kekuatan menghadapi ujian ini dan semoga roh Allahyarham diampunkan segala dosanya serta ditempatkan pada kedudukan yang istimewa di sisi-Nya, insya-Allah. Al-Fatihah,” kata Anwar dalam catatan di Facebook.

Iklan

Bung Moktar, 66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 1.46 pagi tadi, disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar. - Bernama

 

Iklan