KOTA KINABALU - Hanya esakan tangisan kedengaran sebaik Datin Seri Zizie Izette A Samad tiba di pekarangan kediaman Idang Residen, Luyang di sini untuk menatap jenazah suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin buat kali terakhir.
Zizie Izette yang juga pelakon tiba di kediaman itu sekitar jam 9.30 pagi bersama empat anak mereka, sebelum bergegas memasuki ruang tamu tempat jenazah ditempatkan.