Dua kakitangan JPS terperangkap di tengah lombong

Iklan
Pasukan operasi mendapati mangsa terbabit terperangkap di tengah lombong ekoran arus air yang meningkat mendadak.

KUALA LANGAT – Dua kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berdepan detik cemas selepas terperangkap di tengah sebuah lombong di Kampung Bukit Changgang di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa difahamkan sedang menjalankan kerja menambah baik ban sungai sebelum paras air tiba-tiba meningkat secara mendadak, menyebabkan mereka tidak sempat bergerak ke kawasan selamat.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.34 pagi.

Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja menyelamat dua mangsa terlibat.

Iklan

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dengan kekuatan sembilan anggota bersama tiga aset iaitu sebuah jentera bomba, sebuah pacuan empat roda dan bot digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi pada jam 5.55 pagi, pasukan operasi mendapati mangsa terbabit terperangkap di tengah lombong ekoran arus air yang meningkat mendadak.

Iklan

"Kerja-kerja menyelamat terus digerakkan menggunakan bot penyelamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, operasi dalam keadaan terkawal pada jam 6.40 pagi dan usaha membawa kedua-dua mangsa ke kawasan selamat sedang dijalankan.