'Bung Moktar setia teman setiap waktu senang, susah' - Ahmad Zahid
Iklan
Ahmad Zahid mengakui, beliau kehilangan kata-kata untuk menggambarkan kehilangan sahabatnya, Bung Moktar. - Foto Instagram @ahmadzahidhamidi
KUALA LUMPUR - "Ya Allah… luluh hati saya saat menerima khabar pemergian sahabat saya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang telah kembali ke rahmatullah pada awal pagi Jumaat yang penuh kemuliaan ini."
Itu mukadimah nota belasungkawa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ditulis khusus buat sahabat politik beliau, Bung Moktar yang meninggal dunia sekitar jam 1.46 pagi Jumaat.
Iklan
Iklan
Tulisan itu jelas sekali memperlihatkan Ahmad Zahid tidak mampu menyembunyikan rasa sedih dan duka yang mendalam susulan kematian Ketua UMNO Sabah itu.
Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, Allahyarham Bung Moktar bukan sekadar sahabat sejati yang dekat di hati.
Iklan
Bahkan, Allahyarham Bung Moktar, jelas Ahmad Zahid, seorang rakan seperjuangan yang sentiasa teguh berdiri di sisi dan seorang insan yang sentiasa setia menemani di setiap waktu senang dan susah.
Justeru, Ahmad Zahid mengakui, beliau kehilangan kata-kata untuk menggambarkan kehilangan ini.
Iklan
"Sukar untuk saya mencari kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. Yang tinggal hanyalah doa, mengiringi segala kenangan dan kebaikan yang telah beliau tinggalkan buat kami di dunia ini," tulis Pengerusi Barisan Nasional itu dalam hantaran di media sosial pada Jumaat.
Dalam hantaran bertajuk Perginya Seorang Sahabat itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menitipkan doa buat sahabat beliau yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 66 tahun itu.
"Ya Allah, ampunkanlah dosanya, terimalah segala amal baktinya, angkatlah darjat kebaikannya dan kurniakanlah untuknimya nikmat syurgaMu yang abadi," tulis Ahmad Zahid lagi.
Bagi pihak kepimpinnan UMNO, BN dan seluruh rakyat khususnya di negeri Sabah, Ahmad Zahid berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, dilimpahi keampunan, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Mu yang beriman serta beramal soleh.
Allahyarham Bung yang juga Pengerusi BN Sabah menghembuskan nafas terakhir sekitar 1.46 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Berita sedih pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu dikongsi anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar di Facebooknya. - Astro Awani
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.