MAKHACHKALA (Rusia) - Lebih 320 anjing laut ditemui mati di pesisir pantai Laut Caspian antara muara Sungai Sulak dan Sungai Terek, lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik perkhidmatan tindak balas kecemasan wilayah.
"Dari muara Sungai Sulak hingga ke Sungai Terek, kami menemukan 322 anjing laut mati,” kata sumber itu, sambil memaklumkan bahawa jumlah haiwan mati yang ditemui mungkin meningkat.