Perhimpunan Agung PBB lulus resolusi desak pengakhiran pendudukan ke atas Palestin

Iklan
Perhimpunan Agung PBB meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.

WASHINGTON - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan satu resolusi pada Selasa mengenai “Penyelesaian Secara Aman Soal Palestin”.

Draf resolusi berkenaan, yang dirangka oleh Djibouti, Jordan, Mauritania, Qatar, Senegal dan Palestin, diluluskan dengan 151 undi menyokong, 11 menentang dan 11 berkecuali, menurut Anadolu Ajansi (AA).

Iklan
Iklan

Resolusi itu mengesahkan semula tanggungjawab PBB terhadap isu Palestin, menggesa penamatan pendudukan 1967 serta menegakkan penyelesaian dua negara, di samping menuntut Israel menghentikan aktiviti penempatan haram dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Ia turut menggesa rundingan dimulakan semula serta menyeru negara-negara supaya tidak mengiktiraf sebarang perubahan sempadan, di samping meningkatkan bantuan kepada rakyat Palestin ketika krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan