Masjid di Aceh kekal berdiri walau 'diterjang' banjir besar

Iklan
Keadaan masjid berkenaan yang kekal utuh dan tidak terjejas akibat banjir.-Agensi

ACEH – Sebuah masjid di Aceh terus kekal teguh walaupun kawasan sekitarnya teruk dilanda banjir besar. Satu fenomena menakjubkan tergambar dalam sebuah video yang tular sehingga menarik perhatian warganet.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Joe Sastra menunjukkan masjid bercat putih itu berdiri megah sedangkan bangunan di sekitarnya rata-ratanya dinaiki lumpur akibat banjir.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian itu, lokasi masjid tersebut berada di Daerah Bener Meriah, Aceh.

Imej daripada rakaman dron memperlihatkan kesan teruk banjir dan tanah runtuh manakala Jambatan Lampahan pula dilaporkan putus sehingga menyebabkan akses pengangkutan terputus.

Iklan

Walaupun situasi cemas di sekeliling, namun struktur masjid tidak retak atau rebah menjadi sesuatu yang mengejutkan ramai pihak.

Ramai netizen berkongsi reaksi kagum di media sosial terhadap keteguhan masjid tersebut.

Iklan

“Satu bukti kebesaran Tuhan,” antara komen yang tular menggambarkan rasa syukur dan keinsafan ramai.

Bagi sebilangan pengguna, kekuatan masjid itu dipercayai hasil daripada niat ikhlas, bahan binaan berkualiti dan integriti ketika pembinaan.

Faktor tersebut dipercayai meningkatkan daya tahan struktur terhadap bencana alam.

Peristiwa berkenaan turut membantu menyerlahkan lagi kepentingan reka bentuk dan binaan berkualiti sebagai asas keselamatan awam ketika musim hujan atau bencana alam, terutama di kawasan yang terdedah kepada banjir serta tanah runtuh. - Agensi