PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan penuntut universiti awam (IPTA) yang disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis, di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak jika disabitkan.