Polis kesan dua wanita hilang sejak Selasa

Iklan
Polis giat mengesan kedua-dua wanita tersebut.

SUBANG JAYA – Polis giat mengesan dua wanita dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan mengenai kehilangan Siti Noor Shafiqah Edarullah, 19, dan Siti Esmahdatul Husna Abdullah, 25, diterima pada jam 6.05 petang.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Lot 106, Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong pada 1 Disember.

"Polis sedang berusaha mengesan kedua-dua individu ini serta siasatan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Katanya, Siti Noor Shafiqah memiliki ketinggian 157 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit kuning langsat, berambut pendek kerinting hitam, hidung bulat, mata sepet dan bibir nipis.

"Siti Esmahdatul Husna pula berketinggian 160 sentimeter, berat 70 kilogram, berkulit hitam manis, berambut panjang perang, hidung bulat, mata bulat dan bibir tebal,” katanya.

Iklan

Menurutnya, maklumat boleh disalurkan ke Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 atau kepada Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Ahmad Fyruz Salim di 016-7279039.