HONG KONG - Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki membunuh tanpa niat berhubung kebakaran besar di kawasan kediaman, menurut Pasukan Polis Hong Kong kepada pemberita pada Selasa, sambil berkata lebih banyak tangkapan dijangka dibuat, lapor Xinhua.
Mereka yang ditahan terdiri 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 40 hingga 77 tahun, kesemuanya mempunyai kaitan dengan firma penyelenggaraan kejuruteraan yang terlibat dengan kompleks perumahan Wang Fuk Court di Tai Po, menurut polis.