Suami tikam isteri negatif dadah, tiada masalah mental, penganggur - Polis
Iklan
Lelaki tikam isteri sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paku, Gual Ipoh di sini pada Isnin direman selama enam hari sehingga Ahad ini. - Gambar kecil (Mohd Yusoff)
KOTA BHARU – Polis mengesahkan bahawa lelaki yang dipercayai menikam isterinya hingga maut menggunakan sebilah pisau di Kampung Paku, Gual Ipoh, Tanah Merah adalah negatif dadah, tidak mempunyai masalah mental, dan merupakan seorang penganggur.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan warga emas berusia 63 tahun itu bertindak demikian kerana bermotifkan cemburu.
Iklan
Iklan
“Suspek berada dalam keadaan terlalu marah sehingga bertindak menikam isterinya. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Selasa.
Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa, Mastura Abdullah, 40, telah ditikam sekali di bahagian badan sehingga mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Iklan
Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa warga emas terbabit telah direman selama enam hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Tun Faez Fikhrie Tun Asrul Saini pada Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Iklan
Sementara itu, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Isnin lalu, Mastura yang bekerja sebagai tukang masak di Selayang, Selangor disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.
Suspek dikatakan telah menyerah diri di Balai Polis Gual Ipoh kira-kira jam 1 petang hari yang sama.
Pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 10 dan 12 tahun.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tanah Merah (HTM) untuk dibedah siasat sebelum selamat dikebumikan pada jam 7 pagi Selasa di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paku.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>