Ibu tunggal, kekasih ditahan disyaki berkhalwat dalam rumah

Iklan
Pasangan itu gagal mengemukakan dokumen sah perkahwinan dan dibawa ke pejabat JAIM untuk tindakan selanjutnya.

MELAKA – Seorang wanita berstatus ibu tunggal bersama kekasihnya ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah.

Kejadian tersebut dikongsi Bahagian Penguat Kuasa JAIM menerusi sebuah video berdurasi 59 saat yang dimuat naik ke media sosial pada Isnin.

Iklan
Iklan

Ketika serbuan dilakukan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa agama JAIM, pasangan berkenaan didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen yang menunjukkan mereka mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Menurut perkongsian tersebut, serbuan dilakukan selepas JAIM menerima maklumat daripada orang awam berhubung kegiatan yang mencurigakan.

Iklan

“Berdasarkan pemeriksaan, pasangan ini tidak mempunyai sebarang hubungan sah. Di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka berkaitan kesalahan bersekediaman, mana-mana lelaki dan perempuan beragama Islam yang berkurung, bersunyian atau bersekediaman sehingga menimbulkan syak boleh ditahan untuk siasatan,” menurut pegawai penguat kuasa berkenaan dalam video tersebut.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

Iklan