Tak perlu takut-takut, rakyat di belakang anda!

Iklan
Rakyat bencikan rasuah dan berharap ada kumpulan yang berani cakap perkara betul walaupun tak sedap didengar sesetengah pihak. Gambar hiasan

SEJAK akhir-akhir ini, Merak Jalanan lihat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan rasuah yang aktif di negara kita. Satu perkembangan yang bagus.

Ini bermakna semakin banyak mata memerhati, semakin susahlah orang hendak buat ‘silap mata’ lebih-lebih lagi melibatkan duit rakyat.

Iklan
Iklan

Tapi Merak Jalanan perhatikan, dalam banyak-banyak NGO yang lantang, ada juga yang masih takut-takut.

Bila kes kecil, siap hentam sampai bergema, tapi bila melibatkan orang tertentu atau VIP, terus nada berubah jadi lembut. Ayat pula berlapik. Padahal kalau nak hapus rasuah, tak ada istilah pilih kasih. Salah tetap salah, tak kira siapa pun.

Iklan

Hakikatnya, NGO ini bukan mewakili diri sendiri. Mereka bersuara sebab rakyat mahukan suara tu. Rakyat bencikan rasuah dan berharap ada kumpulan yang berani cakap perkara betul walaupun tak sedap didengar sesetengah pihak.

Kalau NGO pun takut, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk jaga ketelusan? Bila ada rasa segan nak bersuara, kerja jaga integriti boleh jadi lambat, longgar dan akhirnya hilang taring. Rasuah ini bukan musuh yang boleh dilawan separuh hati.

Iklan

Sebab itu Merak Jalanan minta mana-mana NGO yang menentang rasuah perlu kekal berani. Tegurlah dengan tegas kalau nampak sesuatu yang mencurigakan. Tak perlu kasar, cuma jangan sampai hilang ketegasan. Lagi ramai NGO bersuara, lagi kuat mesej kepada semua. Era ‘buat salah tapi selamat’ perlu dihapuskan.

Jadi, nasihat Merak Jalanan kepada NGO-NGO, kalau sudah pilih jalan perjuangan antirasuah, jangan takut-takut nak bersuara. Biar suara itu tegas, jelas dan jujur kerana rakyat ada di belakang anda.