KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) turut melibatkan Barisan Nasional (BN) Sabah apabila Datuk Jafry Ariffin dilantik sebagai anggota Kabinet negeri.
Terdahulu, beliau hadir di Istana Seri Kinabalu bagi upacara angkat sumpah dan difahamkan akan memegang portfolio Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
[TIDAK RASMI] Senarai Kabinet kerajaan Sabah
Timbalan Ketua Menteri Satu merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam
Timbalan Ketua Menteri Dua merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun
Timbalan Ketua Menteri Tiga, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Arif
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang.
Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk James Ratib
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin
Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Mojungki
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Titingan.
AKAN MENYUSUL