Rage bait jadi Word of the Year 2025 Oxford English Dictionary

Iklan
Slang media sosial sekali lagi dipilih sebagai Word of the Year. Foto Agensi

LONDON - Oxford University Press menamakan frasa yang membawa maksud 'mangsa umpan kemarahan di media sosial' sebagai Word of the Year 2025 untuk Oxford English Dictionary.

Menurut penerbit kamus itu, rage bait merupakan istilah yang menggambarkan taktik manipulatif yang digunakan bagi memacu penglibatan dalam talian dengan penggunaannya meningkat tiga kali ganda untuk tempoh 12 bulan lalu.

Iklan
Iklan

“Ia ditakrifkan sebagai kandungan dalam talian yang sengaja direka untuk mencetuskan rasa marah atau tidak puas hati dengan cara menjengkelkan, provokatif atau menyinggung perasaan,” jelasnya lagi.

Rage bait 'menewaskan' biohack dan aura farming yang turut disenarai pendek oleh jawatankuasa Oxford.

Iklan

Difahamkan, ketiga-tiga istilah itu telah diundi secara terbuka sebelum keputusan akhir dibuat pakar bahasa.

Pada tahun lalu, brain rot yang juga slang media sosial membawa maksud kemerosotan otak atau otak tepu akibat obses melampau dengan sesuatu ketika melayari Instagram atau TikTok dipilih sebagai Word of the Year. - Agensi

Iklan