PUTRAJAYA - Wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tohmahan rasuah, telah dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh remannya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa Sofia Rini kini dibebaskan dengan jaminan SPRM.